Sunday 29 November 2015

"dia si acik comel"

27 november 2015
dia sudah bergelar acik. hee, acik m*m*. tahniah, i dont know how to wish u. but, one fine day, u will come here. i will tell u that i know every single timeline of your life. i just love u. 

Sunday 22 November 2015

"Happy Graduation Day" --> i wish i could be there

bismillah......
berhabuk blog pokcik sekarang ni, lama x ngedate.
eh2, lain bebenor penulisannya ni? kenapa? orang lain ke admin?

haha...jangan biarkan anda dilingkari pertanyaan yang sepi. alhamdulillah. pokcik dah nak abis belaja, dah semester 7 dah. memang semua orang x tau, sebab pokcik xpernah cakap kan? pokcik budak uitm shah alam, electrical engineering. semester 7. banyak sangat project dan fyp yang pokcik kene handle. tu lama pokcik x berpuisi tu....

cukupla intro pasal pokcik......

"happy graduation day"
i wish i could be there.........

yup, hari ni, xde puisi ape seme. just sekadar luahan hati pokcik, buat si dia yang pokcik sayang. hari ni hari graduasi dia. dah lama dia x contact pokcik. sedih. pokcik tetap menunggu. well, pokcik pernah cakap, kalau dia konvo, pokcik nak pergi, nak wish dia. but now, pokcik just can say that "i wissh i could be there". there uis no reason for pokcik to not going there, but, pokcik knows that pokcik will not be allowed to go there. she dont want to meet me anymore. so, pokcik just can wish her so that allah bless her for forever. she never know how much pokcik love her, miss her. deep in my heart, nobody can replace her. she is the special one for me.

to awak, "Happy Graduation Day", i wish i could be there...............

Tuesday 12 May 2015

Rencana Hidup Ini

penulisan asal karya mohamad amirul mohd aruwa
"bila manusia berbicara"

Masih ingatkah kalian?
Sewaktu kita dilahirkan,
Kita disambut dengan kegembiraan,
Dipegang dipeluk dicium diazan,
Bapa tersenyum dalam keharuan,
Ibu tersedu dalam keletihan,
Kita menangis tidak ketahuan.

Sudah lupakah kalian?

Kita membesar dengan begitu cepat,
Dari dipegang sehingga pandai melompat,
Dari belajar sehingga hidup berpangkat,
Dari sendirian sehingga beranak empat,
Dari segar sehingga tak lagi kuat,
Dari senang sehingga hidup melarat.

Namun,

Bila tiba saat kematian,
Baru sibuk mengingati tuhan,
Adakah cukup amal yang dilakukan?
Tidakkah banyak dosa yang dikumpulkan?
Maka selalulah ingat kepada tuhan,
Kerana hidup ini hanyalah pinjaman..

Monday 4 May 2015

kerinduan (bila hati terus digenggaman insan)

Bila hati terus digenggaman insan,
Bila hati sudah tidak bersama Tuhan....

hari ini, memikirkan dia, aku rindu, hari ini, terkenangkan dia, aku rindu, hari ini, teringatkan dia, aku rindu. allah, kerinduan apakah ini, apakah yang menghukumku, apakah takdir hidupku, kenapa aku masih lagi bergelumang dengan dosa, kenapa aku masih lagi mengharap pada yang sia sia, mengapa masih aku berjuang dalam sisa sisa dunia. hari ini, aku ingin tenang, namun aku tetap terkenang, hari ini, aku ingin tabah, namun aku tetap rebah, hari ini, aku ingin bangkit, namun aku tetap diungkit. allah, kesakitan apakah ini, kegilaan apakah yang mengejarku, ketidaktenangan apakah yang menolakku jatuh, ketidakpuasan apakah yang menelanjangi hidupku, kebobrokan apakah yang menghambatku dari masa lalu, sungguh, aku rindu, aku rindu, padamu, aku sudah gila kini, gila pada tali berayun nan sepi, gila pada langit megah nan tak bertepi, gila pada bulan yang merintih sendiri, aku gila kini......

Sunday 26 April 2015

i love you mak :(

daripada page Saiful Nang, untuk renungan dan tauladan kepada kita.

"EMAK SAYA PAKAR MOTIVASI"

EMAK saya bukan lulusan Oxford atau Cambridge. Pergi sekolahpun sampai darjah 3 kemudian moyang saya berhentikan sekolah katanya orang perempuan duduk di dapur sahaja. Sebab itu arwah emak saya memang pandai memasak. Of course semua akan cakap emak dia paling hebat memasak, tapi emak saya diakui oleh semua kawan-kawan yang saya bawa makan di rumah memang pandai memasak dan memuji lagi (bila saya tanya "sedap tak?"...berani jawab tak).
Sebelum Dr. Fadzillah Kamsah rajin masuk TV3 rancangan MHI dulu atau mudahnya sebelum TV3 ada bersiaran dan sampai ke kampung-kampung (itupun nak kena ikat tudung periuk atas antena tulang ikan baru boleh dapat gambar) emak saya sudah terlebih dahulu jadi pakar motivasi saya.
Lepas emak memasak, dan sambil meraut penyapu atau sedang menjahit tulang belut, mesti saya akan menyibuk dan bertanya cerita-cerita emak. Dari cerita arwah emak kena berhenti sekolah, kemudian kerja jadi amah basuh kain di rumah orang putih, sampai ke cerita kerja kilang "oren" (minuman berkarbonat dulu semua orang panggil oren walaupun rasanya strawberry) dan jadi amah kepada seorang seniwati yang terlupa emak saya juga manusia seperti dia dan bukannya seekor anjing.
Sampailah cerita-cerita macammana emak keluar dari rumah selepas kahwin dengan ayah kononnya merajuk dengan ayah, tapi akhirnya Arwah Atuk Leman hantar balik dengan vespa dari Kampung Delek sampai ke Bukit Kerayong mengajar saya erti ketegasan seorang bapa yang tidak mencampuri rumahtangga anak kandungnya. Juga cerita arwah emak semasa mengandung saya dahulu pergi kutip biji isirong kelapa sawit yang tidak hancur semasa siklon dalam kilang dan dikumpul semula untuk dijual dengan timbang kati ke kilang itu semula.
Itu semua cerita semasa saya tiada lagi bersama arwah. Selepas dari itu, semasa kehidupan sendiri saya melihat arwah emak sebagai role model yang suka bercerita dan suka menampakkan pelajaran di sebalik kejadian yang berlaku. Apabila kami adik beradik mengejar-ngejar basikal yang jiran beli sambil hanya gigit jari kerana kami sendiri tiada basikal, arwah emak faham walaupun kami tak minta.
Emak pernah ikhtihar kutip tin-tin minyak 2T yang terpakai di stesyen minyak untuk dibuka dan digunting menjadi bentuk daun lalu digubah menjadi hiasan berbentuk pokok keladi yang menggunakan tin terpakai. Setelah dicat dah jadi cantik sangat dan dibeli orang. Alhamdulillah, ikhtihar emak ketika itu jadi sampai "viral" sekampung sampai semua orang tempah dari arwah emak. RM10 sahaja 1 pokok bunga siap dengan pasu, batang dan daun keladi tin. Mungkin saya pelajari banyak tentang kreativiti dari arwah emak dan juga ikhtihar hidup yang tidak meminta-minta.
Arwah emak faham kesusahan ayah. Ayah bukan pemalas yang duduk di rumah semata-mata. Ayah bekerja keras di ladang sawit dan juga kerja-kerja sambilan menanam kabel letrik LLN (sekarang TNB) di kawasan Bera Selatan. Bila ayah balik kerja buka baju memang nampak belang kesan terik matahari setiap hari. Namun ayah ada tanggungan yang banyak. Arwah emak sebolehnya tidak mahu menyusahkan ayah. Sebab itu datangnya idea untuk berikhtihar.
Akhirnya, saya dan Along dapat basikal BMX yang diidam-idamkan. Itupun ayah beli dari pekan Triang. Pergi dengan arwah emak naik motor dan tahu tak bagaimana basikal itu dibawa pulang? Ayah yang menunggang motorsikal, emak membonceng sambil menjunjung atas kepala basikal itu sejauh lebih 30km di jalan tanah merah sampai ke pekan. Kami gembira dapat basikal tetapi gurisan luka-luka pada jadi arwah emak kesan memotong tin-tin yang tajam itu sangat membuatkan saya belajar erti bersyukur.
Arwah emak seorang yang buta huruf tetapi Alhamdulillah berjaya mendidik anak-anaknya membaca dan menulis. Hampir 8 tahun arwah pergi. Masih lagi segar perjalanan terakhir arwah emak menyusur pesisir Sungai Pahang yang biasanya dengan ayah di dalam kereta yang saya hadiahkan, tapi kali itu perjalannya dengan ambulan terus ke Hospital Temerloh di mana arwah emak menemui destinasi akhir hidupnya.
Rosminah Sulaiman, cuma orang biasa pada kebanyakan orang. Pada saya, Allayarhamah seorang ibu yang hebat...juga seorang PAKAR MOTIVASI yang terbaik. Luangkanlah masa anda semua dengan anak-anak untuk bercerita perkara yang baik-baik dan berkongsikan kecekalan anda. InsyaAllah ia bukan sekadar diwarisi, tetapi akan digandakannya apa kebaikan yang anda beri.
SAIFUL NANG
Anak Kedua Wak Nang & Allayarhamah Ros.

BAIKKAH KITA?

bermuhasabahlah..........
"acane nak jadi baik?"
"ape definisi baik bagi kau?"
-petikan kata kata karya hlovate.

yup, apa definisi baik? macam mana nak jadi baik? 
itu persoalan yang menghambat seribu umat pada hari ini. 
sedih, kita sendiri mencari cari, berada diawangan, mencari definisi baik.
adakah cukup solat kita, sudah cukup baik?
adakah cukup puasa kita, sudah cukup baik?
adakah cukup amalan kita, sudah cukup baik?
allahurabbi...
siapalah kita ingin menentukan baiknya kita,
berdoalah,
sentiasa rendahkan hatimu,
sentiasa tundukkan wajahmu,
Dia sedang menunggumu,
menunggumu menjadi baik......



Friday 24 April 2015

S.E.B.A.K

bismillah....
sebak, satu perasaan yang bermain di hati. kadang kadang, sebak itu datang, bertandang, tanpa diketahui, lantaran apakah yang menggamitnya. namun, apakah berleluasa dibiarkan sebak itu melingkari hati kita? jangan, nanti hati berduka, jangan, nanti sengsara.
luahkanlah, jika kamu mampu.
lupakanlah, jika kamu kuat,
tabahkan hati,
ingatlah, segala apa yang berlaku, akan ada hikmahnya yang tersembunyi,
allah tidak mengujimu untuk sia sia.
in shaa allah.....

(لا تحزن)

لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا‌ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا‌‌ۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه‌ ۚ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Artinya : “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.” (Al Baqarah : 287)

#nurul_shahida_alhumaira#